Jakarta: Satu keluarga terpaksa sengsara memanjat tembok batu di hadapan rumah mereka di Jombang, Jawa Timur, setiap hari selepas jiran bertindak membina tembok setinggi hampir dua meter itu kerana perselisihan faham. Menurut laporan media Indonesia, kewujudan tembok batu itu menyebabkan mereka sukar keluar masuk kerana ia dibina bertentangan pintu masuk rumah pasangan berkenaan. Jika membawa barang, mereka terpaksa mengangkat barangan melepasi tembok sebelum memanjatnya untuk masuk atau keluar. Menurut Liputan 6, keadaan itu berlaku sejak dua bulan lalu apabila jiran di hadapan rumah tidak berpuas hati dengan air mengalir masuk ke kawasan rumahnya. Namun, pasangan itu tidak menyangka jiran mereka sanggup mendirikan tembok betul-betul di hadapan rumah mereka. Kompas melaporkan, pada mulanya, Siti Khotijah mencuci kenderaannya di depan rumah dan air mengalir ke kawasan rumah jirannya, Seger sebelum berlaku pertengkaran. “Pada mulanya kami hanya bertengkar, namun tid
Kabar Terkini
Berbagi informasi terupdate setiap hari