RAHSIA seorang gadis bawah umur yang tinggal serumah bersama kekasihnya sejak dua minggu lalu terbongkar, selepas ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama (JHEAT) Terengganu di rumah sewanya di Kuala Ibai, di Kuala Terengganu, semalam. Gadis berusia 16 tahun dan sudah tidak bersekolah serta pasangannya berusia 25 tahun itu ditahan dalam serbuan, kira-kira jam 1.45 tengah hari. Sumber berkata, serbuan dilakukan selepas menerima aduan penduduk setempat yang curiga melihat pergerakan pasangan terbabit kerana rumah itu turut didiami beberapa wanita lain sebelum ini. Katanya, ketika serbuan, hanya pasangan terbabit berada di dalam rumah dengan si gadis hanya memakai baju-T tanpa baju dalam dan berseluar pendek, manakala pasangannya hanya memakai 'boxer'. “Ketika soal siasat, pasangan terbabit mengaku tinggal bersama sejak dua minggu lalu dan mendakwa sudah beberapa kali terlanjur sepanjang perhubungan mereka. “Pasangan itu turut memberi alasan hanya berehat di...
Berbagi informasi terupdate setiap hari